
Sumber: shanghaiist.com
Masih ingat lagi gambar kontroversi yang pernah menghebohkan dunia maya beberapa tahun yang lepas. Gambar yang didakwa sebagai gambar keluarga ini memaparkan si ayah dan ibu melakukan operasi pembedahan plastik untuk memiliki wajah yang cantik dan sempurna.
Berbeza dengan tiga orang anak mereka, kesemuanya memiliki wajah yang biasa-biasa sahaja. Jadi, dengan gambar ini, netizen pun membuat kesimpulan bahawa hasil operasi pembedahan plastik memang tidak boleh diturunkan kepada anak-anaknya.
Tapi tahukah anda bahawa gambar ini sebenarnya diambil sebagai iklan untuk produk kecantikan. Kelima-lima orang dalam gambar tersebut merupakan model professional dan tidak memiliki apa-apa hubungan pertalian.
Salah seorang model dalam gambar tersebut yang memainkan peranan sebagai seorang isteri ialah Heidi Yeh.
Dia juga turut mengakui dirinya kini sepi dari tawaran kerja akibat gambar viral tersebut. Model yang berasal dari Taiwan itu mengambil tindakan dengan menyaman pihak agensi model.
Yeh mempunyai kontrak dengan agensi J. Walter Thompson (JWT) untuk terlibat dengan iklan sebuah klinik kecantikan. Berdasarkan perjanjian yang dipersetujui dalam kontrak, gambar tersebut hanya boleh digunakan untuk media cetak sahaja.
Tetapi tidak lama selepas itu, klinik kosmetik lain memakai gambar tersebut sebagai kempen mereka. Langsung gambar itu terus menjadi viral di internet. Bahkan, dia turut kehilangan potensi pendapatan sekitar RM60K dan yang lebih menyedihkan lagi, dia dituduh menyembunyikan perkahwinannya serta melakukan operasi pembedahan plastik terhadap wajahnya.
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm