
Oleh Feyra Nasrom Sumber The Vocket, Daily Mail
Seorang kanak-kanak perempuan yang berasal dari India, Lydia Sebastian telah diiktiraf memiliki IQ yang lebih tinggi berbanding bapa fizik terkenal dunia, Albert Eintein. Baru sahaja berusia 12 tahun, kanak-kanak ini sudah berjaya mencatat marakah tertinggi iaitu 162 markah pada ujian IQ mensa. Keputusan itu sekaligus meletakkan kanak-kanak perempuan ini memiliki tahap IQ yang tinggi dan sudah melebihi IQ Albert Einstein.
Menurut Arun, bapa kepada Lydia berkata, beliau tidak pernah melakukan sesuatu yang lain untuk membezakan anak perempuannya dari kanak-kanak lain. Segala yang terjadi merupakan satu anugerah buat anaknya.
“ Lydia sudah mula bercakap ketika dia berusia 6 bulan , malah dia juga sudah mula membaca buku yang sepatutunya dibaca oleh kanak-kanak yang berusia jauh lebih tua daripadanya.”
“ subjek matematik tambahan merupakan kegemarannya dan pernah memenangi tempat pertama ketika di sekolah rendah lagi”
Lydia Sebastian berjaya menyiapkan kertas kerja pada persidangan di Birkberk College , London dalam masa beberapa minit sahaja malah dia sendiri tidak menyangka ujian tersebut lebih mudah daripada apa yang disangkakakn.
“ ujian tersebut mencabar kemahiran bahasa saya termasuk analogi, logik akal dan juga beberapa definisi fakta”. Ujar Lydia

Tambah Arun, dia dan isteri sendiri tidak percaya anaknya berjaya mengatasi kepintaran Einstein dan juga Hawking. Setelah mendapat tahu berita gembira ini, Arun dan isteri sangat bangga dan terharu dengan anugerah yang dimiliki anaknya.
Lydia dikatakan sudah mula belajar biola ketika berusia 4 tahun dan sudah 3 kali menghabiskan tujuh siri novel Harry Potter . Jom lihat video yang disertakan dekat bawah ini :