Oleh Aimi Nordin. Sumber Cosmopolitan.
Tiada kata yang mampu menggambarkan betapa sedihnya cerita ini.
Seorang jururawat Jennifer Medina bekerja pada syif malam di Mission Hospital di San Juan, Capistrano, California apabila seorang lelaki mangsa langgar lari di bawa ke hospital tersebut. Setelah doktor cuba untuk selamatkan lelaki tersebut tetapi tidak berjaya, Media menarik keluar dompet lelaki itu untuk mengenal pasti identiti mangsa.
Apabila dia ternampak sahaja dompet itu, dia tahu ianya milik abangnya, Cesar Andres Media, 23. “Saya kenal dompet ini..saya buka dompet itu dan lihat gambar abang saya,” katanya kepada NBC Los Angeles. “Segalanya seperti gelap seketika, saya tak mampu tamping semua ni.”
Cesar Media sedang melintas jalan semasa lampu pejalan kaki berwarna hijau apabila tiba-tiba ada satu kereta yang tak tahu dari arah mana melanggarnya dan melarikan diri. Namun, seorang lelaki Andrew Christopher Michaels, 19 berjaya ditahan atas kesalahan langgar lari tersebut.
“Saya hanya ingin mengucapkan selamat tinggal kepada Andy selepas membersihkannya.” Kata Jennifer Medina. “Dan beritahunya betapa saya sangat sayangkan dia.”
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm