
Oleh: Feyra Nasrom Sumber Mashable
Seperti yang diketahui umum, Instagram kini hadir dengan wajah baru dengan menggantikan logo terbaru yang lebih menyerlah dan ceria warnanya. Buat mereka yang “hantu” instagram dan sosial media, apa reaksi korang? Pelbagai komen serta reaksi positif mahupun negatif yang diterima berkenaan pembaharuan ini.

Walau bagaimanapun, wajah baru instagram ini hanya bertukar warna sahaja, ia langsung tidak menyukarkan pengguna untuk berkongsi gambar dan sebagainya. Kombinasi warna yang digunakan dikatakan tidak menepati citarasa orang ramai dan kebanyakan mereka lebih suka dengan ikon serta konsep instagram yang lama. Tidak mengapa, mungkin orang ramai masih belum selesa dan belum boleh adaptasi dengan pembaharuan ini. lama kelamaaan, pasti akan terbiasa juga. Buat pengguna Android dan iOS, dah update belum Instagram korang?