
Oleh Feyra Nasrom Sumber amanz
Untuk makluman semua, Instagram bakal hadir dengan rekaan yang tampak lebih moden dan menyenangkan. Pengguna Instagram hanya perlu fokus kepada gambar sahaja selepas ini dan segala tulisan dan sebagainya akan bertukar kepada rekaan terbaru. Rekaan ini bertujuan untuk memudahkan pengguna sekaligus menampakkan gambar yang dimuat naik lebih jelas dan menonjol. Namun , rekaan ini masih dalam ujian lagi dan belum ada pihak yang mengesahkan rekaan hitam putih ini akan diperkenalkan secara meluas ataupun disebaliknya.
Bagi pendapat korang, patut kekalkan instagram rekaan asal ataupun bertukar kepada warna hitam dan putih?