
Oleh Feyra Nasrom Sumber BH
Filem yang dinanti-nantikan oleh peminat tanah air, sudah 14 tahun berlalu Ada Apa Dengan Cinta 2 kembali dengan nafas baru yang menyaksikan keteguhan cinta antara Rangga dan Cinta. Baru semalam filem ini ditayangkan serentak di Malaysia, Brunei dan juga Indonesia, AADC2 sudah berjaya mengutip pulangan melebihi RM300000 di hari pertama ditayangkan.

Difahamkan, tiket tayangan sudah mula habis dijual dengan cepat pada minggu ini. Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh syarikat pengedaran terbabit, pihak mereka menjangkakan kutipan yang lebih tinggi kerana filem ini merupakan karya yang dinantikan peminat setia Ada Apa Dengan Cinta.

Filem terbitan tahun 2016 ini menyaksikan pertemuan kembali antara Rangga dan Cinta selepas 14 tahun berpisah. Tujuan rangga kembali ke Indonesia untuk mencari kembali Cinta dan cuba untuk menambat hati Cinta yang kini sudah dimiliki lelaki lain.