
Oleh : Aimi Nordin
Tak semua perkara perlu di ajar di dunia ini dan tak semua perkara cikgu ajar semasa di sekolah. Jadi sebagai manusia yang berhemah sepatutnya kita dah perlu tahu beberapa common sense dalam kehidupan seharian kita.
Banyak sebenarnya common sense yang kita kena amalkan. Percaya atau tak sedikit sebanyak bila kita tahu mengenai common sense, pasti tak ada masalah dan rasa tak puas hati atau berkecil hati. Kami ingin kongsikan 8 Common Sense yang perlu kita tahu dan amalkan.
#1. Orang dah baik hati pinjamkan kereta dia, tak salah rasanya untuk kita isi minyak tanda terima kasih sebab dah pinjam kan kereta kan? Takda lah bila tengok kereta minyak dah kering.

#2. Tidak kira sikit atau banyak, bayarlah hutang anda secepat mungkin. Mana tahu orang tu pun perlukan duit.

#3. Tak elok buat orang tertunggu-tunggu, terutama bila dia yang datang ke rumah untuk mengambil kita. Siap sedia awal.

#4. Orang dah jamu kita dengan makanan yang enak, ringan tangan untuk bantu mengemas dan basuhkan pinggan.

#5. Kadang-kadang kita minta bantuan rakan untuk lakukan sesuatu, seeloknya belanja mereka makan sebagai tanda terima kasih.

#6. Perkara ni selalu berlaku, tanpa sedar bila kita nak tutup pintu kita hempas sekuat hati macam nak roboh kereta orang tu

#7. Orang dah bagi kita pinjam baju, pulangkan lah dalam keadaan sudah berbasuh, wangi. Ini dah pinjam siap buat harta sendiri pula.

#8. Masalah utama zaman sekarang apabila perihal peribadi di bawa ke laman sosial. Tak semua nak tahu masalah anda ya. Dan jangan ingat tak ada orang yang akan ambil kesempatan. Berhati-hati.

*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm