
Oleh Feyra Nasrom Sumber Youtube
Zaman sekarang memang susah nak dapat kerja. Walaupun bergelar graduan sesebuah Universiti, belum tentu kekosongan kerja itu berpihak pada kita. Kadang-kadang terfikir, jika syarat-syarat sesebuah syarikat hanya inginkan pekerja yang sudah berepengalaman, bagaimana pula bagi mereka yang baru sahaja bergelar
fresh graduate?
Punya susah nak dapat kerja, seorang graduan jurusan kejuruteraan di luar negara membuat satu kelainan ketika meminta kerja. Jika formal itu sudah menjadi kebiasaan ketika sesi temubual, lain pula lelaki ini dengan selamba nyanyi dan rap ketika memperkenalkan dirinya. CGPA 3.97, hampir 4 flat kot.. masih lagi menganggur? Sebenarnya, dapat kerja atau tidak itu bergantung pada nasib dan rezeki. Apa-apa pun, lelaki ini cuba tunjuk usaha dan kelainan yang ada pada dirinya. Okay jom dengar dia rap !