
Oleh : Aimi Nordin
Sebuah lagi filem pendek sempena Hari Raya pada tahun ini. Menjadi kebiasaannya apabila tiba hari raya setiap orang pasti menunggu iklan mahupun cerita pendek raya disiarkan di televisyen. Sudah menjadi sedikit klise apabila hampir semua iklan raya adalah sedih.
Tapi, filem pendek Fitrah mempunyai sedikit kelainan apabila ia mencerita kisah seorang budak lelaki Cina yang dijaga oleh ayahnya yang berbangsa Melayu selepas kematian ayah kandungnya yang bekerja sebagai juruterbang. Di sini ada sedikit konflik yang terjadi dalam masyarakat kita juga di mana di sekolah budak lelaki ini dikatakan tidak boleh beraya kerana tidak berpuasa.
Cerita pendek ini, menunjukkan walau apa jua kaum kita setiap perayaan boleh di sambut bersama apatah lagi sudah menjadi kebiasaan perkahwinan campur yang lagi menguatkan silaturahim dan pelbagai perayaan di Malaysia ini.
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm