← Kembali
Fenomena Foodtruck Gaya Hipster Kini Menjadi Trend
Feb 15, 2016
Oleh Feyra Nasrom
Jika diperhatikan, trak makanan kini sudah menjadi trend perniagaan dan semakin berkembang maju dalam budaya tempatan yang membawa pelbagai sajian citarasa masyarakat setempat. Lebih mudah dan cepat bagi mereka yang menggemari makanan dan yang paling penting, trak makanan ini berada di mana-mana tempat sahaja. Bukan hanya sekadar makanan, foodtruck juga dihiasi dengan pelbagai bentuk dan gaya, serta stiker mengikut tema makanan yang dibawa. Dari perhiasan foodtruck, tukang jual hingga dibawa ke makanan semuanya boleh dikatakan hipster habis!
Kebanyakan pengusaha trak makanan ini terdiri daripada pemuda dan lazimnya makanan yang dijual berkonsepkan makanan barat hinggalah makanan melayu tradisional. Ada yang menjual burger bakar, makanan barat, cendol, nasi lemak dan sebagainya. Pelbagai jenis makanan yang boleh kita dapat malah rasa makanan yang dimasak kebanyakannya lebih sedap berbanding dengan makanan yang dijual di restoran. Harga yang dijual juga berpatutan dan berbaloi dengan kualiti masakan yang dihidang.
Suasana yang lebih bersahaja, santai, pantas dan mudah ini membuatkan orang ramai lebih selesa dan mula menjadikan fenomena foodtruck ini sebagai makanan pilihan mereka dan sekaligus mengubah gaya hidup masyarakat moden. Tengok foot menarik food truck kat bawah ni.
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm
← Previous
Idea Tema Untuk Mengambil Gambar Bayi
Next →
17 Fun Facts Tentang Pisang Yang Korang Tak Tahu!