
Oleh: Aimi Nordin Sumber: Mashable.com
Melainkan anda hidup tanpa akses internet selama 5 tahun kebelakangan ini, anda pasti kenal atau paling tidak cam muka aktres wanita ini. Fan BingBing aktres dari China merupakan aktres yang mendapat bayaran paling tinggi di dunia iaitu di tangga keempat.
Jika tempat pertama merupakan Jennifer Lawrence berdasarkan majalah Forbes. Pelakon, penyanyi dan model ini mengalahkan selebriti Hollywood seperti Jennifer Aniston, Julia Roberts dan Angelina Jolie dengan bayaran sebanyak USD 21 juta setahun.
Mesti anda tertanya – tanya di mana anda pernah melihat raut wajah ni kan? Mari kami beritahu tahu anda.
Dia memainkan peranan sebagai Blink dalam X-Men: Days of Future Past. Selain itu, dia juga merupakan model bagi produk L’oreal Paris. Menenggelamkan barisan selebriti terkenal lain di karpet merah MET Gala tahun ini dan juga berlakon dalam siri My Fair Princess.
*Layan ERA fm menerysi dengar.era.fm