
Oleh Feyra Nasrom
Suasana terus menjadi hiba apabila salah seorang peserta Ceria Popstar, Siti Amirah Dalili Mohd Amerullah mendendangkan sebuah lagu yang bertajuk Rapuh khas buat bapanya yang kini sedang menghidap kanser Lymphoma tahap 4.
Persembahan yang datang dari hati ini membuatkan penyanyi tersohor tanah air Dato’ Siti Nurhaliza dan juga Awie menitiskan air mata melihat kesedihan yang diluah menerusi nyanyiannya. Adik Dalili akhirnya tidak mampu mengawal emosi sehingga beliau sendiri turut sama menangis. Penonton terus memberi tepukan gemuruh kepada Adik Dalili di atas semangatnya yang begitu kuat.
Video nyanyian Dalili buat Awie dan Siti... oleh kinitv
Sumber Kinitv