← Back to list
Dalam Masa Setengah Jam, Pengantin Perempuan Dicerai Talak 3
Mar 30, 2016

Oleh Feyra Nasrom Sumber FB Boii Amani Hashim
Perkahwinan bukan perkara yang boleh dibuat main-main. Kedua-dua pihak haruslah bersedia dengan semua jenis kelengkapan terutamanya wang hantaran. Jika tidak, perkara ini boleh menimbulkan pergaduhan dimana viral di media sosial 2 hari lepas ekoran wang hantaran tidak cukup RM 15000 sehingga bapa pengantin perempuan bertindak memukul pengantin lelaki.

Terbaru, seorang jurugambar berkongsi pengalaman beliau menghadiri satu majlis pernikahan dimana majlis tersebut disaksikan dengan mata kepalanya sendiri. Kisah “isteri setengah jam” ini terjadi apabila pengantin lelaki bertindak melafazkan cerai talak 3 benar-benar mengejutkan kami. Subhanallah, apa yang terjadi? Berikut merupakan kisah sebenar yang dikongsi oleh Boii Amani Hasim di laman Facebook beliau:
Lame gak aku jd photographer wedding. Macam2 aku dah tempuh. Ni aku nak share skit citer yg pernah terjadi depan aku dulu.
Mas hantaran kawen mak ayah pompuan ni letak rm22,222.22. Mmg mahal gile...tapi si laki ni setuju. Aku tgk pon laki ni bukan calang2 org gak.
So sampai la hari akad nikah, happy je dua2 side. Pengantin muka dah tak saba mengawan. Ye la, musim ujan mase tu. Tok kadi sampai maka berlangsung la acara akad nikah dan selamber dgn senapas je si laki lafaskan akad.
Hantaran pon bertukar tangan begitu gak ngan mas kawen. Time laki tu nak baca lafas takliq, tetibe sedara dr pihak pompuan bising "duit hantaran tak cukup seribu ni"
Trus bangun pengantin pompuan dr tempat duduk. Tinggikan suara kat pengantin laki bertanyakan pasal ape tak cukup seribu...siap pihak pompuan perli2 "dah tau tak cukup duit tapi gatal sgt nak kawen tu kenape"
Yang pengantin laki walaupon mata berkaca, dia senyum je. Dia amik mic pastu dia ckp.
"Baru jadi isteri tak sampai stengah jam dah camni. Saje sy tak cukupkan seribu sbb nak tgk korang camne. Ni ade sy bawa wang yg tak cukup tu" sambil buka bag yg berkepok2 duit 50 ngan 100.
"Takpe la...alang2 semua ade kat sini, boleh jadi saksi sy. Sy ceraikan awak dgn talak 3. Assalamualaikum"
Drop mic
Salam2 trus gerak.
Dalam kes ini, pengantin perempuan sengaja diduga. Walaupun tidak cukup RM1000, boleh menimbulkan perbalahan. Sedangkan, perkara ini boleh diselesaikan dengan cara elok. Bukannya tak cukup RM10000 pun. Si lelaki pulak nak menguji pun biarlah bertempat, takkan la semudah itu sahaja cerai talak 3 dilafazkan? Bagi korang, pihak mana yang salah?
← Previous
Betul Ke Perempuan Lagi Pembersih Berbanding Lelaki? Video Ini Pasti Akan Mengejutkan Anda !
Next →
Perkongsian Video Di Instagram Kini Satu Minit