
Oleh Feyra Nasrom Sumber FB Nadia Hanis
Buat anda yang masih belum bertemu jodoh , masih lagi mencari-cari pasangan atau rasa diri tiada keyakinan untuk berpasangan, hari ini kami ingin berkongsi satu kisah seorang wanita yang mengahwini seorang lelaki tanpa diduga. Mungkin dengan kisah ini akan buat anda berfikir sejenak? Ya, cantik bukan segalanya, bukan diuukur menerusi paras rupa, yang penting keperibadian anda. Wanita ini buktikan jika jodoh sudah ditentukan , tidak kira anda cantik atau tidak, pasti akan disatukan jua. Cantik itu bonus, jika cantik rupa dan peribadi maka ianya satu bonus bagi wanita. Jika cantik peribadi dan tidak cantik di rupa, jangan risau, anda lebih cantik daripada mereka yang hanya cantik di wajah tetapi buruk peribadi. Jom kita baca kisah Nadia Hanis ini.

