
Oleh: Aimi Nordin Sumber: aliffchannel
Rasanya tak ada buah yang boleh lawan buah-buahan hutan tropika iaitu buah-buahan tempatan yang boleh dapat di negara kita. Pelbagai jenis buah-buahan yang rasanya manis, masam dan sebagainya. Tetapi ramai orang barat merasakan buah-buahan tempatan pelik dari segi rasa dan rupanya.
Antara buah-buahan yang di anggap pelik oleh masyarakat barat adalah:
#1. Rambutan

Rambutan menyerupai sedikit seperti buah laici bezanya laici tiada ‘rambut’ seperti rambutan. Rasa buah kegemaran di Malaysia ini juga hampir sama dengan rasa laici. Untuk membezakannya, seorang penulis blog,
Kimlai Yingling, menyatakan, “Isi buah rambutan lebih besar dengan biji di bahagian tengah. Rasanya creamy manis dan sangat menyegarkan”. Majoriti pendatang menyukai rambutan yang rasanya enak, penuh dengan vitamin C, zat besi, dan kalsium.
#2. Salak
Kulit buah salak adalah sedikit pelik kerana ianya seperti kulit tenggiling. Review dari
The Toptenz menyatakan buah ini seperti “bawang putih dari luar angkasa”. Namun dari segi rasa, salak digambarkan sebagai buah yang rasanya agak mirip dengan nanas tapi sedikit asam. Salak juga diakui mampu meringankan masalah penglihatan dan pencernaan.
#3. Durian
Raja segala buah ini memamg menjadi kegilaan rakyat Malaysia tidak kira Melayu, Cina mahupun India. Namun, ramai juga yang tidak suka buah durian ini kerana baunya yang sangat kuat. Buah yang paling sering menimbulkan kontroversi di dunia Barat. Ada pelancong yang menyukainya, namun sebagian besar membenci aroma bau yang kuat. Review dari orang Barat menyatakan aroma durian ini seperti “bau kaki” dengan rupa isi buah yang melekit. Untuk membuka buah durian pun sudah cukup mecabar.
#4. Buah Naga
Buah ini berasal dari Mexico. Namun disebabkan kemasyhuran buah ini sehinggalah tersebar ke Malaysia dan kini banyak ditanam di sini. Review Barat menyatakan rasanya seperti buah kiwi tapi berwarna putih ataupun seperti rasa buah tembikai.