Oleh Aimi Nordin. Sumber says.com
Siapa sangka kebolehan bertutur dalam Bahasa Mandarin boleh menyelamatkan nyawa seseorang. Mohd Fariszuan, 22 tidak menyangka kelebihan boleh digunakannya pada 8 September lalu dalam satu kejadian apabila ditugaskan untuk berkomunikasi dengan mangsa yang cuba terjun dari tingkat 15 di Perumahan Awam Sri Sarawak, Kuala Lumpur.
Beliau bertutur dalam bahasa Mandarin sambil berbual secara psikologi dengan mangsa.
"Kita juga menyerahkan air dan rokok kepada mangsa dalam usaha untuk menenangkan keadaan sebelum berjaya menyelamatkan mangsa," katanya kepada Bernama.
Dalam kejadian 4 petang 8 September itu, sepasukan anggota bomba serta dua jentera dari Balai Bomba Pudu dan Hang Tuah digegaskan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan orang awam mengenai tindakan lelaki terbabit yang ketika itu berdiri di koridor tingkat 15.
Mohd Fariszuan mendapat pendidikan awal bertutur dalam bahasa itu sewaktu bersekolah di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Chung Hwa, di Tawau, Sabah. Beliau hanya mempraktikkan sepenuhnya latihan yang dipelajari sebagai ahli bomba sejak berkhidmat tiga tahun lepas.
"Apabila menghadapi sesuatu keadaan tegang, harus berfikir secara tenang, profesional dan jangan kelam kabut, kerana kita bekerja sebagai satu pasukan," katanya. Mohd Fariszuan dan rakan setugasnya Al-Hakim Ismail, 23, menerima anugerah penghargaan daripada Presiden Malaysian Fire Protection Association (MFPA), Teh Khay Leong di atas kejayaan tersebut. Tengok video di bawah ini.
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm