
Oleh Feyra Nasrom Sumber says, Kredit Foto FB Restoran Hersa
Kalau dah nama makanan, sedap dan murah pulak tu, fuh memang mengundang betul untuk serbu restoran tersebut ya tak? Untuk pengetahuan umum, kali ini tempat makanan yang kami syorkan memang berbaloi untuk pergi dan kalau boleh bawa satu keluarga okay?
Sebuah kedai makan iaitu Restoran Hersa menawarkan makanan buffet kepada orang ramai dimana anda semua hanya perlu menyediakan wang ringgit sebanyak RM 8 untuk pakej makanan buffet yang disediakan termasuk air minuman, tiada bayaran akan dikenakan jika anda mahu tambah buat kali kedua. Pergh! Bukan calang-calang makanan tau, pelbagai jenis masakan melayu yang dihidangkan yang pasti memenuhi selera anda semua.

Apa yang menarik mengenai resroran ini, terdapat lebih 30 jenis lauk masakan kampung yang dihidangkan dan orang ramai pasti dapat menikmati juadah ini memandangkan bukan senang untuk mencari kedai makan yang menyediakan masakan lauk kampung yang murah dekat KL ni.

Antara lauk pauk yang popular dekat restoran ini ialah Asam Pedas Ikan Patin, Gulai Nangka, Ikan Bakar dan sebagainya. Bagi mereka yang gemar dengan masakan kampung, pelbagai ulam dan sambal disediakan, memang puas hati, gerenti korang akan datang lagi lepas ni. Selain itu, restoran ini hanya mengenakan bayaran RM 6 untuk gologan OKU dan percuma buat kanak-kanak bawah 6 tahun. Memang tidak pelik jika restoran ini sentiasa dipenuhi orang ramai, kalau nak datang kena cepat nanti lauk habis kan. hehe
Percaya atau tidak ? Tunggu apa lagi, jom ramai-ramai pakat serbu! Berikut merupakan alamat dan lokasi restoran Hersa ini. Kami ada paparkan beberapa keping gambar yang pasti akan buat air liur korang meleleh !
Alamat: Lot 2320 Jalan Iskandar, Batu 8, 42200 Kampong Bukit Kapar, Selangor, Malaysia.
No Telefon: 017-296 6305
Waktu operasi: Selasa - Ahad, 11 pagi - 3 petang






