
Oleh: Aimi Nordin. Sumber: Upworthy.com
Baru-baru ini China telah mencapai ulang tahun ke 70 selepas kemenangan semasa Perang Dunia ke-2 dan satu-satunya cara untuk meraikannya adalah perarakan yang gilang gemilang.
Sambutan ini melibatkan 12,000 orang tentera dengan 50 reformasi tentera yang berbeza bersama –sama ratusan jet pejuang. Tentera dan veteran yang berusia 20 hingga 102 tahun turut mengambil bahagian. Perarakan hari bersejarah ini mengambil masa berbulan dan bertahun persediaan.
Salah satu persediaannya adalah dengan mengharamkan penggunaan kereta selama 2 minggu. Kereta bukannya jumlah yang sedikit tetapi 2.5 juta kereta. Nak tahu sebabnya? Sebelum tibanya hari perarakan kualiti udara di Beijing sangat teruk seperti yang baru kita alami di Malaysia, iaitu jerebu. Air Pollution Index (API) melebihi bacaan 160 yang mana agak serius.
Tapi pada hari perarakan bacaan jatuh menjadi 17. Rakyat bukan sahaja dapat melihat perarakan dan persembahan yang menarik tetapi juga dipayungi oleh langit yang sangat cerah dan menghirup udara yang bersih setelah sekian lamanya.
Nampaknya, cara ini memang berkesan dan berbaloi buat penduduk Beijing yang tidak boleh menggunakan kereta selama 2 minggu. Agak-agak kalau kita cuba di Malaysia jadi tak?
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm