
Oleh: Aimi Nordin. Sumber: Dailymail
Anak seorang jutawan Switzerland telah disabitkan kesalahan dengan sengaja membakar kereta Ferrari Italia 458 miliknya.
Lelaki yang baru sahaja berumur 20 tahun dan tinggal di Augsburg, German itu dikatakan sudah bosan dan inginkan kereta baru tetapi takut untuk meminta kepada ayahnya. Memiliki 15 jenis kereta mewah yang lain termasuk Lamborghini, lelaki ini terpaksa upah tiga orang lelaki untuk membakar keretanya semata-mata inginkan model terbaru Ferrari.
Berharap yang pihak insuran akan membayar pampasan selepas insiden terbabit. Namun, tak semudah disangka apabila pihak insuran dapat menghidu sesuatu yang tidak kena dan selepas melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan juga rakaman telefon ternyata ianya adalah disengajakan.
Hakim menjatuhkan hukuman pengawasan selama 22 bulan dan denda sebanyak £20,865 terhadapnya manakala tiga orang rakannya masing-masing 14 hingga 16 bulan. Semuanya di bayar oleh ayah anak muda ini.
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm