
Oleh: Aimi Nordin. Sumber: DailyOnline
Pasangan popular Hollywood, Angelina Jolie dan Brad Pitt bakal membawa anak ketujuh dalam keluarga mereka apabila mereka dikhabarkan akan mengambil seorang lagi anak angkat daripada pelarian Syria.
Sebelum ini mereka juga telah mengambil tiga orang anak angkat iaitu Maddox, 14 dari Cambodia, Pax, 12 dari Vietnam dan Zahara, 10 dari Ethiopia. Menurut laporan, Angelina telah bertemu dengan tiga beradik lelaki yang merupakan pelarian Syria yang menjadi yatim piatu selepas ayahnya ditangkap dan ibunya terbunuh dalam kejadian bom.
Angelina ingin mengambil ketiga-tiga mereka sebagai anak angkat. Tetapi Brad Pitt fikir ianya akan jadi terlalu ramai di rumah mereka. Jadi mereka mengambil keputusan untuk mengambil seorang sahaja.
Sebagai duta khas untuk Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi pelarian, Angelina telah melawat enam kem pelarian Syria dan telah menjadi saksi kekejaman dunia. Bulan lalu beliau diberitahu yang dirinya sudah tidak boleh lagi mengandung dan ovarinya perlu dibuang untuk mengelakkan kanser.
Selalu mengerjakan kerja amal di serata dunia, Angelina Jolie dan Brad Pitt boleh dikatakan contoh kepada pasangan di luar sana.