Sumber: Sinar Harian Oleh: Aimi Nordin
Tidak dikurniakan anak, pasangan warga emas Siti Hazirah Hamzah, 63 dan suaminya, Abdullah Khamis, 70 hanya ditemai sebuah radio lama yang jadi penghibur di kala sunyi. Tiada sofa empuk mahupun televisyen. Hanya tinggal berdua, isteri mengambil upah membalut sup bunjut dari kilang berhampiran kerana suami sering sakit gout yang kronik.
Setiap satu sup bunjuk diberikan upah 3 sen. Sehari boleh siap dalam 400 sup bunjut. Siti Hazirah pernah rasa seperti putus asa dan ingin pulang je ke kampung tapi tak mahu menyusahkan keluarga, dia dan suaminya terus bertahan.
Hanya tinggal berdua, upah yang dapat cukup untuk menampung mereka berdua.
Duit yang ada cukup-cukup untuk buat makan minum mereka berdua. Bil air elektrik pun tak perlu bayar sebab guna sikit je. Ada hikmah mereka tak ada anak kata Siti Hazirah.
Dalam bulan Ramadan ni banyakkan bersedekah, bersyukur dan elakkan pembaziran. Kerana mungkin setiap makanan yang kita bazirkan sepatutnya ada orang lain yang mungkin boleh makan.
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm