
Oleh Syazwan Aizad. Sumber Tech Inside
Kucing ialah mamalia karnivor kecil dari subspesis
Felis silvestris catus. Ia adalah keturunan kucing
liar Afrika, dikenali sebagai
Felis silvestris lybica dan mungkin dijinakkan 3,500 tahun dahulu di zaman Mesir
purba, di mana ia digunakan untuk menjaga simpanan bijirin daripada tikus dan roden yang lain.
Sekarang, kucing merupakan haiwan belaan dirumah yang paling terkenal malah comel juga.
Tabiat kucing, kucing suka menjilat bulunya sendiri agar kelihatan lebih kemas. Boleh dikatakan setiap hari, kucing akan menghabiskan masa dengan mengemas dirinya, selain daripada tidur, makan dan bermain.
Namun, tahukah anda, kini kita juga boleh tolong kucing kita dengan membantu
menjilat bulunya setiap hari?
Ya, tolong jilat bulu kucing !
"Apa? Tolong jilat bulu kucing..?"
Satu alat yang berbentuk seakan-akan lidah dan sikat dicipta untuk manusia membantu menjilat kucing kita.
Aktiviti menjilat ini pada kucing adalah simbolik kepada ikatan persaudaraan sesama mereka. Jadi, jika kita “menjilat” kucing kita mungkin boleh membuatkan kucing kita lebih sayangkan kita.
Hahaha.