
Oleh Feyra Nasrom Sumber Mashable
Seorang kanak-kanak dari Tokyo, Jepun ditinggalkan dalam hutan sebagai hukuman akibat terlalu gemar membaling batu ke arah orang ramai dan kereta.
Sebagai pengajaran, ibu bapa kanak-kanak ini bertindak meninggalkan anaknya di hutan yang dilaporkan penuh dengan binatang buas iaitu beruang.
Walau bagaimanapun, kanak-kanak berusia 7 tahun itu ditemui dalam keadaan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Yamato Tanooka ditemui oleh seorang anggota Pasukan Pertahanan Diri dan secara keseluruhan , kanak-kanak ini kelihatan sihat dan dibawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.
Pada awalnya, ibu bapa kanak-kanak ini membuat laporan bahawa anaknya hilang ketika mereka sedang memetik sayur-sayuran namun akhirnya mengaku tindakan yang dibuat itu disebabkan terlalu marah dengan kelakuan anaknya.