Oleh Razzlyn Rosli
Cuti minggu yang agak panjang ni mesti ada yang merancang untuk membuat aktiviti bersama keluarga atau rakan-rakan kan? Tapi mungkin masih ada yang mencari - cari tempat yang menarik untuk cuti yang singkat.
Air Terjun Lata Berembun boleh menjadi salah satu destinasi percutian korang. Air terjun ini terletak di Kg. Sg. Klau Pahang Darul Makmur. Hanya 2 1/2 jam dari Kuala Lumpur, salah satu cara untuk ke Kg. Sg. Klau korang akan melewati banyak ladang getah , ladang koko dan ladang durian.
Terletak hampir 1000m di atas permukaan laut dan dikelilingi oleh hutan tebal. Sebelum sampai ke kawasan air terjun Lata Berembun, korang harus mengambil 4x4WD dan semesti ianya akan mejadi kenangan yang tidak dapat dilupakan.
Setelah sampai kekawasan air terjun Lata Berembun anda harus berjalan sekitar 5-10 minit ke kawasan perkhemahan atau air terjun pertama . Untuk pergi ke air terjun ke yang ke tujuh akan mengambil masa sekitar 45 minit.
Jumlah air terjun di Lata Berembun adalah tujuh tingkat, tetapi hanya tiga dari air terjun membolehkan korang untuk berenang dan yang lainnya tidak dibenarkan. Untuk semua perjalanan dari atas ke hujung air terjun mengambil masa diantara 2-3 jam.
Persekitaran yang sentiasa dingin dan sejuk semestinya membuat korang rasa tenang.

*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm