
Oleh: Aimi Nordin. Sumber: tallypress.com
Nak habiskan duit sebenarnya lebih mudah daripada kita nak simpan duit. Dengan keadaan hidup yang semakin tinggi lagi sekarang ini. Kami kongsikan bagaimana cara anda masih boleh berjimat dan menyimpan wang.
#1. Freebies/ Barangan Percuma

Anda mungkin boleh explore apa juga kedai yang memberi barangan secara percuma dan gunakan kelebihan kad kredit, membership card dan sebagainya
#2. Bawa Bekal

Bawa bekal makanan ke sekolah ataupun tempat kerja. Janganlah malu, lebihan makanan semalam boleh saja gunakan untuk buat sandwich dan sebagainya. Jimat.
#3. Public Transport
Imej dari Wikipedia
Cuba belajar untuk gunakan public transport. Jimat masa dan juga wang sebenarnya.
#4. Barang Second Hand

Kenapa perlu bayar lebih untuk barang yang anda boleh dapat dengan harga yang murah? Tak ada salahnya membeli barang second hand kalau ianya masih elok.
#5. Jual Barang Tak Pakai
Imej dari grumpholddrivers.co.uk
Salah satu cara nak dapatkan duit adalah dengan menjual barangan yang anda dah taknak. Buat apa nak simpan kan? Buat car booth sale atau pun preloved sale. Dapat juga duit untuk simpanan.
#6. Mula Sedikit Demi Sedikit
Mula menyimpan dengan jumlah yang sedikit. Jika sudah consistent, teruskan dengan jumlah yang lebih banyak.
#7. Kurangkan Penggunaan Elektrik

Pastikan anda padam semua suis yang tak digunakan untuk mengelakkan penggunaan berlebihan
#8. Baca Online

Tak perlu habiskan duit dengan membeli surat khabar atau majalah kalau anda boleh jimatkan dengan membacanya online.
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm