Oleh : Aimi Nordin. Sumber: Tallypress
Buat salah berani tapi bila dah kena saman macam-macam alasan yang kita bagi kan. Kalau anda kena saman atau kena tahan dengan polis apa alasan anda bagi? Menurut Tallpress berikut merupakan 6 alasan yang selalu rakyat Malaysia gunakan bila nak kena saman.
#1. “Encik, saya tak perasan yang road tax saya dah mati”
Yeke tak perasan? Tapi sebenarnya kebanyakan dari kita bawa kereta setia hari, tapi tak pernah nak check road tax tu masih hidup atau pun dah mati.
#2. “Alamak, saya tak perasan lah saya dah bawa laju”
Tekan punya tekan minyak tak perasan dah melebihi had laju. Yela dah laju mana nak perasan had laju kat kawasan tu berapa kan.
#3. “Oh saya bukan orang sini encik. Jadi tak berapa familiar dengan papan tanda”
Alasan paling selamat adalah mengatakan anda orang luar dan tidak berapa familiar dengan jalan di situ.
#4. “ Saya tak ada duit la encik nak bayar saman”
Bawa kereta mahal, mewah. Sampai masa nak bayar saman aikk duit tak ada.
#5. “ Saya nak cepat ke hospital nenek saya sakit”
Masa itu lah segala ahli keluarga sakit. Nenek, atuk, mak cik, cucu saudara semua sakit.
#6. “Aduh sakitnya perut. Nak cepat pergi klinik”
Kalau anda ada bakat berlakon yang power. Alasan terakhir ni pasti menjadi.
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm