Oleh: Aimi Nordin. Imej dari Google
Bulan Ramadan hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi dan umat Islam seluruh dunia akan menunaikan ibadah puasa ini selama sebulan. Jadi, di awal-awal bulan Ramadhan semestinya ramai yang akan berasa lesu dan tidak bertenaga maklumlah puasa hanyalah sekali setahun.
Jadi untuk mengelakkan badan berasa tidak bertenaga sepanjang bulan Ramadan anda perlu mengambil makanan yang memberi tenaga yang cukup dan berkhasiat. Di sini kami ingin kongsikan beberapa makanan yang boleh anda makan ketika sahur supaya badan kekal hidrat.
#1. Oat
Oat bagus untuk jantung dan mengurangkan kolestrol dalam badan tetapi ia juga member tenaga yang berpanjangan. Anda boleh makan oat bersama susu rendah lemak, hirisan kurma dan madu semasa sahur.
#2. Tembikai
Just tembikai ketika berbuka sangat menyegarkan dan menghilangkan dahaga. Vitamin C yang tinggi di dalam tembikai meningkatkan sistem imunisasi dalam badan.
#3. Madu
Air madu bersama perahan lemon dapat membantu menghilangkan dahaga dan membantu pencernaan dan detoksifikasi.
#4. Jus Susu Kurma
Kisarkan kurma yang telah direndam di dalam air panas bersama setengah kotak susu segar dan beberapa ketul ais. Boleh ditambahkan madu untuk rasa manis semula jadi.
#5. Roti Serat
Anda boleh makan roti serat bersama dengan hirisan pisang dan juga mentega kacang ataupun kegemaran ramai Nutella.
Jadi buat anda yang beragama Islam, kami ucapkan selamat berpuasa dan pastikan anda mengambil makanan yang berkhasiat untuk member tenaga sepanjang hari.