← Kembali
5 Jenis Rumah Yang Tak Masuk Akal
Feb 08, 2016
Oleh Razzlyn Rosli. Sumber Britaku.
Tempat tinggal sememang menjadi keperluan yang sangat penting untuk setiap orang. Ianya bukan sahaja tempat untuk bernaung, sekaligus memberi pelindungan kepada manusia daripada cuaca panas dan hujan. Disini kami ingin kongsikan 5 rumah yang dibuat daripada benda yang tidak masuk akal.
1. Rumah Lego
James May, presenter Top Gear BBC, telah mendirikan dua buah rumah menggunakan lego tetapi rumah ini tidak boleh dihuni. Meskipun rumah tersebut memiliki fasiliti lengkap seperti bilik air, dapur, ruang tamu, namun iainya terlalu berisiko untuk menghuni rumah yang diperbuat daripada tiga juta kepingan lego itu.
2. Rumah Jagung
Rumah ini hanyalah dijadikan sebagai model sahaja kerana iainya berisiko tinggi untuk dibasahi hujan dan mudah ditiup angin. Bangunan ini dibina sepenuhnya dari bahan kayu yang berasaskan tongkol jagung.
3. Rumah Tulang Mamot
Bahan yang digunakan untuk membangunkan rumah ini mungkin adalah yang paling mahal kerana iainya merupakan khazanah kuno dan sudah semestinya memperlukan permit dan keizinan daripada pihak yang berkaitan.
4. Rumah Botol Plastik
Di Taiwan, sebuah rumah pameran didirikan menggunakan susunan botol minuman. Keunikan rumah ini ialah korang dapat menikmati keindahan cahaya matahari yang menembusi warna –warni botol.
5. Rumah Tayar

Jutaan tayar terpakai digunakan untuk mendirikan rumah ini. Susunan tayar yang kemas menjadikan rumah ini teguh dan kemungkinan boleh didiami.
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm
← Previous
Mempunyai lebih 200 ribu Pengikut di Facebook, Kucing Malaysia Ini Menjadi Viral Worldwide !
Next →
10 Tempat Menarik Untuk Adakan Majlis Tertentu