
Oleh Feyra Nasrom Sumber metro.co.uk
Percaya atau tidak, di kala usia sudah mencecah 70 tahun, masih ada wanita yang mampu melahirkan anak. Itulah realiti yang terjadi di New Delhi, seorang wanita India begitu gembira selepas melahirkan anak pertamanya selama 70 tahun menanti kehadiran cahaya mata. Besar sungguh kuasa tuhan. Mungkin secara logiknya, wanita yang berusia lebih dari 40 tahun tidak digalakkan melahirkan anak di atas faktor usia risiko dan sebagainya. Namun, kuasa Allah tidak dapat disangkal, jika sudah tertulis bahawa sesuatu itu akan terjadi, maka ia akan terjadi.
Daljinder Kaur mengikuti rawatan pembenihan in-vitro selama 2 tahun untuk mendapatkan zurit dek kerana tidak ingin menanggun malu jika dilabel sebagai wanita yang tidak subur atau mandul. Selepas 46 tahun berkahwin, wanita ini akhirnya dikurniakan cahaya mata dan dia tidak pernah menganggap dirinya terlalu tua untuk menjaga seorang bayi.
Lain pula bagi suami, Mohinder Singh Gill yang ternyata khuatir dengan faktor usia mereka yang semakin tua dan takut tidak dapat menjaga anak mereka dengan baik. Bayi lelaki yang diberi nama Armaan ibarat anugerah tuhan buat mereka diatas kesabaran menanti zuriat selama 46 tahun.