
Oleh: Aimi Nordin Sumber: Indiatimes
Kawan masa senang memang selalu ada, tapi kawan masa susah belum tentu ada. Tapi empat orang pelajar iaitu Vaseegaran, Rahul, Naveenraj dan Harish bukti mereka tak ketepikan kawan mereka yang susah dan selalu sakit disebabkan oleh kesempitan hidup yang dialami.
Empat sahabat ini bergotong-royong membina sebuah tandas di rumah rakan mereka, Agathiyan. Mereka membina tandas tersebut kerana Agathiyan selalu membuang air di kawasan yang terbuka. Jadi disebabkan kurang kemudahan asas dan kebersihan yang tak terjaga, Agathiyan dijangkiti penyakit kulit.
Mereka mula mengumpul dana di sekolah sebelum bersama-sama membina tandas di rumah Agathiyan.


*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm