Oleh: Aimi Nordin Sumber: Cleo
Sukan permotoran bukan lagi didominasi oleh kaum lelaki kerana kaum perempuan juga tak kurang hebatnya. Tambahan pula sekarang ini semakin banyak bidang yang dimonopoli oleh lelaki sudah di warisi perempuan. Jom kenal 4 pelumba motor dan kereta wanita Malaysia yang bukan sahaja cantik persis model tetapi juga power di trek!
1. Leona Chin
Mesti korang pernah tengok video prank Maxman tv yang drift kereta tu kan? Haa, inilah dia Leona Chin drifter professional tau. Menang tempat pertama Caterham Motorsports Championship Round 2 Supersport di Sepang.


2. Siti Fatimah Husna
Gadis bertudung ni baru sahaja berumur 25 tahun yang berjaya mengalahkan 10 pelumba lelaki dan menjadi champion dalam Malaysian Supermoto Championship CKD. Jangan main-main okay!


3. Natasha Seatter
Dah masuk semua perlumbaan seluruh dunia termasuklah Formula BMW, Formula Pilota, Formula Gulf, GT Asia Cup, Porsche Carrera Cup Asia, VW Polo Cup Race dan VW Scirocco MME. Memang superb lah bawa nama Malaysia!


4. Geraldine Read
Wanita ni sekarang sedang berlumba untuk Malaysian Championship Series dan mewakili Red Bull Malaysia di 2014 Sepang 1000km Endurance race.

*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm