Oleh Syazwan Aizad
Teknologi masa kini di lihat sebagai satu perkara yang memudahkan kita dalam kehidupan seharian. Lihat sahaja lah telefon pintar yang kita miliki, segala jenis apps telah menjadikan kehidupan kita lebih mudah. Namun, kegilaan manusia dalam mencipta sesuatu seakan-akan melebihi tahap dan diluar kotak fikiran manusia. Berikut adalah 10 contoh teknologi dan ciptaan yang unik dan juga pelik, malah mungkin tak perlu dicipta pun takpa;
1. BrainBit

Dipasang di kepala, alat ini dicipta untuk membaca emosi kita sendiri. Haha. Takkan emosi sendiri pun taktau?
2. Ziro Motion Glove

Ok yang ni nampak cool sebab sarung tangan ni berfungsi sebagai alat kawalan jauh yang membenarkan kita mengawal pergerakkan objek dengan hanya menggunakan tangan. Cool !
3. Paper-thin TV

Ya, TV senipis kertas kini sudah menjadi suatu realiti. Lepas ni boleh lah bawa TV kemana jua.
4. Peti Sejuk Pintar.

Mempunyai fungsi sama seperti telefon pintar, peti sejuk pintar ini memberitahu anda apa yang ada di dalam peti sejuk tersebut. Teknologi terbaru peti sejuk pintar ini turut memperkenalkan ciptaan pintu yang akan buka sendiri apabila kita berada didepan pintunya. Cool?
5. Jam Loceng Pintar

Bukan sebarangan jam loceng, jam loceng ini akan mengeluarkan bau-bauan seperti bau roti, bau kopi, bau coklat dan lain-lain sebaik sahaja jam loceng kita berbunyi. Tak bangun jugak taktahu lah!
6. Baju Peluk Jarak Jauh

Baju ini dicipta bagi pasangan yang berjauhan. Jika kita pakai baju ini dan memeluk diri sendiri, pasangan kita akan dapat merasai pelukan itu ditempat lain. Bayangkan kita tengah duduk sorang-sorang lepastu terasa macam kena peluk, tak ke seram sejuk kita masa tu? Haha
7. Google Glass

Ciptaan yang paling mendapat hits sejak setahun yang lepas. Pengguna hanya perlu memakai kanta mata khas dan dapat mengawal apps tertentu sama seperti telefon pintar. Wow!
8. Seluar Papan Kekunci

Ok, ini ciptaan paling pelik. Kita hanya perlu duduk dihadapan komputer dan menaip di seluar ciptaan khas ini. Seluar ini juga dilengkapi tetikus dan pembesar suara.
9. Penutup Botol Trago

Penutup botol khas ini disambungkan ke telefon pintar mempamerkan berapa banyak lagi air dalam botol korang. Eh takboleh ke goncang sendiri botol tu?
10. Lampu MStick

Lampu yang dipasang pada basikal ini bukan sebarangan lampu. Ia mempunyai 20 ciri-ciri tambahan seperti pemasa, mood cahaya, teks visual, penggera dan beberapa yang lain.