
Oleh Feyra Nasrom Sumber Facebook
Tahukah anda cara memandu kereta melambangkan identiti kita yang sebenar? Rupa-rupanya rahsia personaliti juga boleh diketahui menerusi cara kita memegang stereng kereta. Ada banyak jenis pulak tu, dan antaranya ialah minimalis, jentolak, santai. Eh betul ke ni?? Korang jenis yang macam mana eh? Sekadar pengetahuan, jom kita usha 10 jenis gaya memandu dekat bawah ini :
1) Kesempurnaan

-Seorang yang mementingkan kesempurnaan. Setiap perbuatan harus teraatur dan dibuat dengan teliti.
-Mengharapkan hasil yang terbaik
-Tidak suka ambil mudah dan mempunyai sifat yakin yang tinggi dalam diri
-Sikap kesempurnaan anda termasuk dalam semua jenis fasa dalam hidup anda, tidak kira pakaian, sahabat dan sebagainya
2) Santai
- Boleh dikatakan anda jenis yang “cool “ , tidak mudah melatah dan tidak begitu serius.
- Tenang dan bersahaja
3) Pengembara
- Suka sesuatu yang berisiko dan mencabar. Berani dalam melakukan Sesutu perkara.
- Anda suka sesuatu yang belum pernah dibuat orang.
- Bersifat hati kental
4) Minimalis

- Anda akan memilih perkara yang akan memudahkan hidup anda , kadang-kadang anda juga seorang yang cerewet
- Anda bijak membuat keputusan yang meletakkan diri anda dalam keadaan selamat dan tidak menyusahkan diri serta keadaan.
5) Pemimpin

- Bersifat ketua dalam semua perkara. Berpendirian teguh dan pandai menyelesaikan masalah.
- Orang ramai akan meletakkan kepercayaan kepada anda
- Berkaliber, bertanggungjawab dan komitmen dalam kerja
6) Penyokong
- Anda seorang yang peramah dan mudah disenangi orang ramai.
- Pendengar dan kawan yang baik
- Tidak pentingkan diri sendiri dan mendahulukan kebahagiaan orang lain terlebih dahulu
7) Pengaman

- Anda nampak tenang di luar tetatpi tidak di dalam.
- Susah untuk marah, tetapi, jika sesuatu yang membuatkan anda marah, kawan atau keluarga rapat pasti akan terkejut melihat reaksi anda.
- Tidak suka melibatkan diri dalam sesuatu yang boleh melibatkan emosi yang tinggi
8) Gementar
- Sentiasa berasa was-was dengan apa yang dilakukan.
- Tidak yakin dengan diri
- Sentiasa semak kerja berulang kali,
- Cepat Panik
9) Jentolak

Haaa ini jenis yang suka hon atas jalan raya! Maknanya anda seorang…?
- Tidak suka orang menghalang laluan anda
- Seorang yang sibuk dan komitmen pada kerja.
- Tidak suka berlengah
- Pantas menyelesaikan masalah
- Anda tetap akan mencapai matlamat anda. tidak kira apa rintangan sekalipun, anda tetap akan redah demi mencapai matlamat tersebut.
10) Pelawak
- Seorang yang kreatif, pelik dan kelakar.
- Otak anda bergerak dengan cerdas
- Boleh spontan
Haaa korang dah baca kan? Jadi, yang mana satu ciri-ciri yang sesuai? Sama ke tidak? Betul ke tidak? Kongsi lah sikit dengan kami di ERA ! Apa-apa pun, yang penting sila berhati-hati ketika memandu di jalan raya okay !