Oleh Feyra Nasrom Sumber youtube
Negara Jepun terkenal dengan negara yang maju dengan teknologi canggih. Tidak kira rekaan luar biasa yang kreatif dan masih belum dibuat orang ini banyak datangnya dari negara Jepun. Disebabkan negara sudah terlalu canggih dengan teknologi, maka wujudlah pelbagai barangan yang pelik dan tidak masuk akal diperkenalkan.
Namun menerusi rekaan yang luar biasa dicipta, jelas menunjukkan betapa pintar dan kreatifnya orang Jepun ini. Tetapi, ada juga rekaan yang dihasil menganggu pemikiran kami. Mana tidaknya, barang yang aneh dan pelik pun ada dijual di pasaran mereka. persoalannya, ada ke orang nak beli?