
Oleh Feyra Nasrom Sumber Astro Awani
Yang hang pi hempas kuat-kuat pasai pa? bebel abang kepada adik dalam loghat utara itu membuatkan kami tidak kering gusi melihat telatah dua beradik ini. menerusi video yang viral pada minggu lalu, memaprakan gelagat dua orang adik beradik kecoh berbalah antara satu sama lain apabila pintu peti ais di rumah mereka tercabut.
Kesungguhan mereka membaiki peti ais tersebut mencuit hati netizen ditambah pula dengan mulut si abang yang tidak henti memarahi dan membebel tindakan adiknya.
Video yang dirakam merupakan ibu kepada dua beradik ini dan kedengaran di permulaan video wanita tersebut memarahi mereka kerana merosakkan peti ais tersebut.

Akibat ramai yang berkongsi video tersebut, kanak-kanak ini serta keluarga dipanggil ke rancangan MeleTOP kebaboom dan menerima hadiah iaitu sebuah peti ais baharu dua hari lalu.