Oleh Feyra Nasrom
Satu pencapaian yang amat membanggakan dalam industri filem negara, Olabola kini terus meraih sambutan yang memberangsangkan daripada penonton filem tempatan, sudah 39 hari ditayangkan, Olabola kini berjaya meraih kutipan sebanyak RM16 juta.
Hasil karya Chiu Keng Guan ini mula mendapat sambutan daripada umum sejak 28 Januari 2016 filem ini ditayangkan. Dengan kutipan yang sudah melebihi RM16 juta, Olabola sekaligus mengungguli filem pecah panggung dan bersaing hebat dengan dua lagi filem kutipan terbesar iaitu Polis Evo ( RM16 juta) dan The Journey ( RM17.3 juta) dimana filem ini merupakan salah sebuah hasil karyanya juga.
Bertemakan filem era 80 an, Olabola bukan sahaja menceritakan perjuangan bola sepak semata-mata, filem ini juga menggabungkan pemain yang datang dari pelbagai lapisan masyarakat.
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm