Oleh: Aimi Nordin
Akademi Fantasia (AF) telah masuk musim ke-13 dan masih ditunggu-tunggu oleh semua peminat setia AF. Sidang media yang telah berlangsung sebentar tadi mengumumkan pelakon dan pelawak Zizan Razak kembali semula sebagai pengacara.
Bagaimanapun ada satu kejutan di mana juara JoHaRockStar akan diserap masuk sebagai pelajar AF dan akan diumumkan pada minggu ketiga konsert. Empat belas pelajar akan membuat persembahan secara langsung sebelum mereka disenarai pendek sebagai pelajar AF 2016.
Pemilihan daripada 14 orang pelajar ini akan dilakukan oleh Pengetua AF dan barisan juri tetap manakala pelajar yang disenarai pendekan akan diumumkan pada konsert pertama nanti.
Jadi jangan lupa saksikan konsert mingguan AF yang akan bermula pada hari Ahad, 21 Ogos ini jam 9 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123).
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm