
(Gambar: rap-up.com)
Oleh: Aimi Nordin Sumber: HMetro
Penyanyi popular R&B, Usher yang kini berada di Malaysia sangat mengagumi bakat penyanyi Yuna dan ingin bekerjasama lagi dengan bintang tersebut selepas kejayaan lagu duet mereka, Crush. Percayakan bakat yang ada pada Yuna membuatkan Usher ingin menjadikannya penerbit albumnya suatu hari nanti.
"Yuna sangat berbakat dan tahu bagaimana material tepat untuk seseorang penyanyi.
"Apa yang pasti, kerjasama menerusi lagu Crush bukan pertama dan terakhir kerana saya mahu bekerjasama dengannya lagi suatu hari nanti," katanya kepada Harian Metro.
"Dia adalah antara penyanyi yang betul-betul berjaya menambat hati saya. Yuna memiliki 'tone' suara yang sangat indah selain begitu berbakat dalam mencipta lagu," katanya yang kagum dengan bakat Yuna sejak pertama kali bertemunya dulu.
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm