
Oleh: Aimi Nordin Sumber: Kosmo!
Tiba-tiba dunia hiburan dikejutkan dengan berita rumahtangga Wawa Zainal dan Aeril Zafrel dengan goyah gara-gara Wawa cemburu gandingan suaminya dengan pelakon Ummi Nazeera. Bagaimanapun Wawa menafikan perkara tersebut dan hormati hubungan akrab Ummi dan suaminya itu.
Baru-baru ini Ummi ada memuat naik satu video di Instagramnya dan menjelaskan spekulasi yang timbul.
“Sejujurnya, tiada apa yang berlaku, Wawa juga sangat baik dan profesional. Saya harap semua orang tidak membesarkan perkara ini dan membuat spekulasi,” ujar Ummi dalam video tersebut.
“Saya sudah ada orang lain, jadi perlu menjaga hati pelbagai pihak. Tidak semua persahabatan berakhir dengan percintaan, kadang-kadang ia terjalin kerana pekerjaan dan itu yang terjadi antara saya dan Ariel. Terima kasih kerana memahami,” jelasnya lagi.
Ummi juga menjelaskan yang dirinya kini sudah berpunya dan perlu menjaga hati ramai pihak.
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm