Oleh: Aimi Nordin Sumber: BHarian
Pelakon Sharnaaz Ahmad sudah bersedia untuk menggalas tanggungjawab sebagai suami kepada kakak Neelofa yang juga seorang ahli perniagaan, Noor Nabila selewatnya tahun depan.
"Pada usia ini, saya sudah sedia memikul tanggungjawab sebagai suami serta membina keluarga. Saya berharap ia dapat direalisasikan tahun depan.
"Walaupun hasrat ini sudah saya suarakan kepada Nabila, semuanya harus mengikut adat bermula dengan majlis merisik disusuli peminangan.
"Namun, kalau boleh saya enggan 'mengikat' bakal isteri terlalu lama. Kami mahu bertunang tidak lebih dari enam bulan," katanya yang menyerahkan kepada keluarga untuk menguruskan dan berbincang.
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm