Sumber: Mstar Oleh: Aimi Nordin
Pengalaman adalah sesuatu yang kita tak boleh lupakan. Buat Ruminah Sidek atau lebih dikenali dengan panggilan Mak Mah sangat teruja dan bersyukur dengan hidupnya kini apabila bergelar penoreh getah sejak dua tahun lalu.
Segalanya dirasai selepas berkahwin dengan seorang penerika Felda Al Fatah Rahim Ismail, 72.
"Mula-mula memang tidak tahu bagaimana cara nak menoreh getah, jadi saya belajar dengan suami sehingga saya menangis kenapa saya tidak pandai-pandai.
"Saya berdoa Allah permudahkankan saya untuk pandai melakukannya kerana saya benar-benar mahu menemani suami setiap pagi ke kebun getah. Sekarang suami pula kagum dengan kebolehan saya.
"Menoreh merupakan rutin kami setiap pagi, saya dan suami akan keluar seawal 6.30 pagi dan pulang kira-kira pukul 9 pagi," ujarnya ketika dihubungi mStar Online.
Sejak berkahwin hidupnya lebih bahagia kerana segalanya suami yang uruskan hingga berat badannya naik 70kg.
"Hati saya senang sahaja, tidak fikir masalah dan tidak fikir duit cukup atau tidak kerana semua suami yang uruskan.
"Sampai baju atau keperluan harian lain dia yang uruskan, setiap kali saya mahu keluarkan duit, dia tidak benarkan," ujarnya.
"Saya ingat sudah tidak boleh gemuk, rupa-rupanya bila hati senang dan gembira badan kita boleh naik juga," ujarnya.
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm