Sumber: Malaysian Digest Oleh: Aimi Nordin
Gara-gara penyanyi Nourul Wahab, 38, terlepas satu perkataan kasar terhadap seorang pekerja restoran makanan segera ketika membuat pesanan, Nourul diganggu ramai panggilan dan Whatsapp dari lelaki yang gilakan seks.
"Saya ada menghubungi sebuah restoran makakan segera untuk membuat pesanan, malangnya dia menjawap panggilan saya dengan nada yang tidak mesra dan secara tidak sengaja juga saya terkeluar satu perkataan yang agak kasar.
"Selapas itu kira-kira 30 minit telefon saya mula dihubungi oleh orang yang gila seks dan mengajak saya ke hotel. Malah mereka juga menerima maklumat saya seorang janda," katanya.
Setelah memuat naik status di laman sosial, pihak restoran tersebut ada menghubunginya Jumaat lalu. Pihak restoran itu akan menyiasat dan mengambil tindakan yang sewajarnya.
"Pihak restoran ada hubungi saya untuk minta maaf, saya juga mengaku bahawa keluar satu perkataan yang tidak sepatutnya sehingga mengakibatkan pekerja itu marah.
"Tapi tidak sepatutnya dia menyebarkan nombor dan maklumat peribadi saya kepada pihak lain sehingga menimbulkan ancaman keselamatan," ujarnya.
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm