Sumber: Harian Metro Oleh: Aimi Nordin
Walaupun kita tinggal di Malaysia yang mempunyai pelbagai dialek mengikut negeri masing-masing. Namun tak semua orang boleh kuasai setiap dialek yang ada di Malaysia. Kadang-kadang ada beberapa perkataan yang kita salah gunakan dalam ayat kita.
Itulah yang terjadi kepada pengacara Awal Ashaari apabila niatnya untuk bermesra dan bergurau dengan menggunakan dialek Sabah 'bah' pada kapsyen Instagram miliknya disalaherti dengan mempersenda orang Sabah.

“Tak ada niat langsung mahu mempersendakan orang Sabah. Saya cuma mahu bergurau manja dengan mereka dengan cuba selitkan perkataan ‘bah’ bagi menunjukkan lebih kemesraan di situ. Peminat saya tahu bagaimana personaliti saya yang suka bercanda. Namun, dalam hal ini saya bukannya sengaja menjadikan isu budaya dan kenegerian sebagai bahan mainan”
“Saya tidak kesal dengan status itu namun cuma saya rasa tidak sepatutnya ia jadi isu dan diviralkan. Sudah puas menjelajah di pelosok negara membuatkan saya sentiasa cuba bertutur dialek setiap negeri dan bukannya di Sabah saja. Mungkin ini kes disebabkan orang Sabah lebih sensitif soal budaya dan bahasa mereka,” katanya kepada Harian Metro.
Ramai juga yang meninggalkan komen dengan mengkritik tindakan Awal dan ada juga mengatakan ia penggunaan yang salah dalam setiap ayat.
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm