
Oleh: Aimi Nordin Sumber: BHarian
Pelakon Nad Zainal bakal melahirkan anak sulungnya pertengahan bulan depan dan mengharapkan proses kelahiran anaknya dipermudahkan. Sepanjang mengandungkan anak sulungnya ini ramai yang memuji betapa berserinya wajah Nad.
Nad mengaku yang dirinya dan suami Muhamad Faliq begitu teruja untuk bergelar ibu dan ayah.
"Segala persiapan dan kelengkapan menyambut bayi sudah disediakan. InsyaAllah harap semuanya okay. Saya boleh dikatakan sudah bersedia menerima kelahirannya.
"Saya juga tak putus menerima doa daripada kawan dan peminat. Semoga lancar diharapkan. Tak boleh saya bayangkan bagaimana melalui proses kelahiran itu nanti tetapi ia pasti nikmat yang cukup indah," katanya kepada BH Online.
"Diharapkan kelahiran 'hero' kesayangan kami nanti akan menambah kebahagiaan dan seri keluarga," katanya yang memberi hint bahaya ianya anak lelaki.

*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm