Sumber: Utusan Oleh: Aimi Nordin
Bukan mudah dimadukan, isteri pertama kepada Datuk Seri Adnan, Datin Red atau Syarifah menjelaskan dia sudah masak benar dengan perangai suaminya yang dinikahi ketika usianya 19 tahun.
Beliau tak pernah ambil pusing dengan apa yang suaminya lakukan atau perkara negatif berkaitan suaminya. Paling penting buat dirinya adalah dia bahagia sebagai isteri pertama Datuk Red.
“Apa yang berlaku di luar sana biarlah suami saya sahaja selesaikan, dia yang mula cari masalah. Mengapa saya perlu pening kepala fikirkan masalah dia?
“Saya tidak tahu pasal orang luar mengecam atau marah dia, yang pasti hubungan saya dengan dia bahagia,” kata Datin Red yang mula mengenali suaminya sebagai pemandu lori sayur sahaja.
“Saya berkahwin ketika berumur 19 tahun, memang selepas 10 tahun tiada apa yang saya dapat rasakan selain sayang kepada dirinya mungkin juga sebab anak-anak.
“Kami mula mengalami kehidupan yang lebih senang sejak tiga tahun yang lalu, apabila perniagaan suami semakin baik,” katanya.
“Saya percaya kepada jodoh, selagi ada jodoh saya akan bersama dia. Soal bermadu, saya rasa mana-mana wanita juga sama. Macam mana hancurnya hati saya ketika dia berkahwin dengan Adira, mungkin Adira juga merasai perkara yang sama kini.
“Cumanya selagi dia suami, saya akan pastikan menjadi isteri yang baik buat dirinya,” katanya.
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm