Oleh: Aimi Nordin Sumber: Instagram @NatashaHudsonOfficial Blog
Boleh dikatakan Natasha Hudson senyap dalam bidang lakonan dan terbaru beberapa gambar penghijrahannya menjadi perhatian ramai peminatnya. Alhamdulillah nampaknya ini yang dicari Natasha. Walaupun ramai yang terkejut mengenai penghijrahannya yang memakai niqab tetapi ramai yang gembira dan mendoakan yang baik-baik buatnya.
Menurut blog Natasha, bukanlah sesuatu yang mudah baginya untuk berubah hingga ke imej harini. Dia pernah mengenakan niqab sebelum ini dan membukanya kembali. Terlalu banyak cabaran dan dugaan yang dilalui apatah lagi berada dalam industri hiburan dan menjadi seorang wanita yang sentiasa ingin kelihatan cantik.






*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm