Sumber: Bharian Oleh: Aimi Nordin
Macam-macam cerita timbul mengenai isu rumah tangga penyanyi Adira dan suaminya, Datuk Adnan. Semua itu berikutan tersebarnya video mesra Datuk Red dan pelakon Ruhainies. Kemudian, isteri pertama juga terpalik cerita yang tidak enak apabila semua pihak membuat spekulasi sendiri.
Selepas sahaja, Datuk Red mendakwa Adira sedang hamil, empunya diri sendiri mengakui berita gembira itu. Bagaimanapun, ianya masih terlalu awal kerana Adira hanya buat ujian kehamilan menggunakan kit kehamilan dan belum ke klinik untuk pemeriksaan doktor.
"Memang benar saya kini hamil dua minggu. Tetapi saya belum dapat pengesahan doktor sebaliknya hanya mengagak usia kehamilan berdasarkan kiraan sendiri. Ujian pun saya buat sendiri selepas membeli kit kehamilan.
"Masih terlalu awal sebenarnya untuk saya kongsikan dengan umum tetapi suami sudah maklumkan dulu. Buat masa ini paling penting adalah kandungan, perkara lain saya tolak tepi," ulasnya ringkas.
Menurut Adira lagi, dia minta agar dia tak dikaitkan lagi dengan isu videi tersebut walaupun dirinya mengaku terguris.
"Cuma diharap jangan kaitkan video berkenaan dengan rumah tangga saya. Cukup-cukuplah dengan kenyataan demi kenyataan. Sepatutnya hal dalaman keluarga diselesaikan secara berbincang. Tidak perlu dihebahkan kepada orang luar," katanya.
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm