Sumber: Bharian Oleh: Aimi Nordin
Jika sebelum ini Shahir mengaku dialah jejaka yang ada dihati Erra Fazira. Nampaknya kali ini Erra pula mengaku yang hubungan mereka memang serius. Cuma sebelum ini Erra memang menunggu untuk Shahir buka mulut memandangkan dia lelaki.
“Sebenarnya, dia yang patut membuka mulut dalam perkara ini kerana dia lelaki. Tetapi, setelah dia menyatakan perkara sebenar mengenai perhubungan kami bermakna dia benar-benar serius. Saya tidak mahu tergesa-gesa membincangkan soal berumah tangga kerana ianya masih terlalu awal buat kami dan belum lagi memasuki fasa seterusnya”
“Saya belum lagi memberitahu ibu saya mengenai perhubungan ini. Insya-Allah, kalau ada jodoh dengan dia, saya juga mengharapkan perkahwinan kali ini adalah yang terakhir dan akan kekal selamanya,” katanya kepada Berita Harian Online berhubung dakwaan orang ramai mengenai hubungan cintanya yang menjadi teka teki selama ini.
Bagaimanapun, desas desus mengatakan mereka akan melangsungkan perkahwinan selepas Hari Raya ini tidak benar. Kami doakan semoga ikatan ini berakhir ke jinjang pelamin.
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm