Sumber: Astro Awani Oleh: Aimi Nordin
Apabila sesetengah pihak suka menyebarkan berita tak sahih maka timbul lah fitnah seperti ini. Pelakon dan pencara terkenal Datuk Jalaluddin Hassan kecewa selepas khabar angin mengatakan beliau telah meninggal dunia.
“Saya terganggu kerana ia melibatkan orang tersayang, rakan-rakan dan peminat,” kata Jalaluddin ketika dihubungi Astro AWANI di sini hari ini.
Ternyata terkejut, Jalaluddin, 62, mengatakan ini bukan kali pertama berlaku kepada diirnya kerana Oktobe tahun lalu beliau juga difitnah sebegini.
“Saya sedar kita hidup hanya sementara sahaja di dunia ini. Hentikanlah perbuatan tidak bermoral ini, berita yang tidak ada jangan diada-adakan. Kasihanilah peminat-peminat saya,” kata bekas hos program 'Who Wants To Be A Millionaire'.
Jalaluddin baharu sahaja selesai proses rakaman alih suara (dubbing) untuk filem Kabali yang menampilkan legenda filem Tamil, Rajnikanth. Beliau berada di India sejak Selasa lalu bersama pelakon lain seperti Fatiya Latiff dan baharu pulang ke tanah air Ahad lalu.
Jalaluddin menyumbangkan suaranya bagi watak antagonis, Virasegaran dalam filem yang dijangka 'hit' bila ia ditayangkan di Malaysia tidak lama lagi.
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm