Sumber: Mstar Oleh: Aimi Nordin
Pasangan selebriti ni memang meriah setiap kali menyambut Syawal. Jika tahun lalu Che Ta dan Zain hanya sediakan 20 pasangan seorang. Berbeza pula tahun ni apabila baju raya mereka sekeluarga adalah 110 pasang. Wah!
Zain, 32, memberitahu, pakaian untuk dia dan isteri iaitu Rozita Che Wan setiap seorang ialah 30 pasang manakala anak mereka Aaisyah Dhia Rana pula sebanyak 50 pasang.
"Kalau Che Ta 30 pasang, saya pun samalah. Cukup la untuk sebulan raya," katanya kepada mStar Online.
Che Ta lebih teruja untuk siapkan baju untuk anak mereka yang kini berusia 2 tahun dan jumlahnya mungkin lebih daripada 50 pasang.
"Untuk anak biasalah Che Ta akan lebih teruja. Mungkin melebihi 50 pasang la kot! Kita tengok nanti,” kata Zain.
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm